Isnin, 14 November 2016

Tempat penginapan di pulau perhentian

Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian


Part IV : Sharila Resort, Pulau Perhentian

Sepanjang aku berada di Pulau Perhentian, tempat penginapan aku selama 3hari 2malam memang best. Rasa taknak balik pun ade. Sampai sekarang pun aku masih tak boleh nakmove on lagi rasanya. Huhuhu


Kenapa aku kata penginapan kat sini terbaik?


Sharila Resort ni adalah salah sebuah resort yang exclusive dan famous di pulau Perhentian Kecil. Lokasinya yang sangat strategik juga berdekatan dengan Teluk Aur. Resort ni terletak di kawasan coral beach yang mana 21km untuk ke long beach



Sharila Resort ni mempunyai bilik sebanyak 99 unit yang terdiri dari bilik standard hingga banglo. Mesti  mahalkan? Emm, agak-agak berapa aku bayar untuk menginap kat sini??Huhuhu


Kat sini banyak kategori bilik yang ada. Untuk trip aku hari tu, aku dapat bilik Deluxe. Meh, tengok.



Susunan bilik pula mengikut urutan dan mudah untuk dicari. Tapi masak laa sape dapat bilik belakang. Jauh woo nak jalan. Lagi-lagi kalau baru balik hiking, ko rase macam nak ngesot je balik bilik. Tak larat nak jalan jauh. Hahaha
Seni bina bilik di Sharila Resort ni berkonsepkan rumah chalet yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan semula jadi dengan menggabungkan persekitaran yang baik. 

Walaupun bilik ni dikhaskan untuk 3 orang namun ruangan bilik yang luas ni boleh memuatkan seramai 4 orang(maximum). Tapi kene gabung katil ler.. Baru save cost.Heee


Kemudahan yang disediakan pun cukup lengkap. Ada aircond dan kipas kat setiap bilik, hot showerastro, international direct dial, laundry dan yang paling best 24jam elektrik ada. Heee.. *iron pun ada tapi kalau nak mintak kene call receptionist.(tapi aku tunggu hari tu manjang takde. Sila upgrade service korang).

Ruangan menunggu
Dalam kawasan Sharila Resort ni cantik sangat. Kiri kanan dikelilingingi dengan tumbuh-tumbuhan. Bila jalan kat situ redup je.. Tapi waktu malam takut jugak la. Sebab takde lampu so, agak takut jugak la kalau alan sorang-sorang. So, better berteman kalau kat sana ok. Huhu


Selain daripada tu, juga terdapat mini bar, dan sunset restoran bersebelahan dengan kaunterreceptionist. Makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan malam juga disediakan pihak resort disini. Diorang ade chef sendiri tau. Makanan sesedap pulak tu. Heee


Pengalaman aku sepanjang 3hari 2malam kat sini rasa kejap sangat. Tapi seriously rasa puas dengn trip ni sebab dapat duduk kat resort yang cantik dan selesa, makan sedap-sedap dan dapat pengalaman snorkeling yang superb best!!

Korang mesti nak tau harga bilik kat sini. Meh aku tunjuk

Kategori Bilik (Shoulder - Super Peak)
Standard chalet : RM180 - RM290
Deluxe chalet : RM260 - RM350
Suite chalet : RM340 - RM430
VIP suite : RM480 - RM590
Bungalow : RM1100 - RM1500

Merecik tengok harga dia kan?? Hahahaha.. Untuk pengetahuan korang harga bilik ni tak termasuk gst lagi.

Tapi, aku cuma bayar RM350 untuk penginapan, makan dan trip snorkeling. Semua ni sebab Perhentian Kravers. Tak sia-sia jumpa diorang ni. Sebab diorang aku dapat menginap kat resort yang aku inginkan ni. Bayangkan la pakej yang diorang tawarkan sangat berbaloi dan murah! Tu belum cerita service dia lagi. Memang korang akan rasa nak repeat perhentian buat kesekian kalinya. *macam aku la. Hahaha. Ok sampai sini je. Hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan