Isnin, 14 November 2016

tempat menarik di pulau perhentian


Senja bay resort pulau perhentian kecil
Permandangan pertama Pulau Perhentian
 



Rasanya sebut Pulau Perhentian ramai dah tahu kot sebab memang dah femes dah pulau ini. Aku jarang nak story pasal tempat yang memang dah popular tetapi kali ini aku cerita jugakla supaya maklumat mengenai pulau ini bertambah dalam internet he he.

Kuala Besut Jetty
Jeti Kuala Besut

Pulau ini letaknya didalam negeri Terengganu dan terdapat beberapa pulau yang lain yang juga cantik di Terengganu ini contohnya Pulau Redang, Pulau Tenggol dan lain-lain lagi. Untung negeri Terengganu kerana ada pulau-pulau yang cantik ini. Harapan aku semoga pulau ini akan dijaga seelok-eloknya supaya dapat dinikmati keindahannya oleh generasi akan datang.

Pulau Perhentian 
 
Pulau Perhentian ini sebenarnya ada dua. Apa.. ada dua? Ye ..dua, satu Perhentian Kecilmanakala satu lagi Perhentian Besar. Kedua-dua pulau ini letaknya berdekatan sahaja jadi tak perlu bimbang, bukannya jauh pun. Mungkin ada yang nak bertanya mana satu yang best? Err..ikut masing-masing la, dua-duanya best  sebab apa? Objektif sebenarnya kita nak teroka laut tu jadi kat mana-mana pun sama je. Cuma kehidupan malam lebih happening katPantai Pasir Panjang @ Long Beach di hentian kecil tu. Kalau duduk dihentian besar pun boleh pergi dengan menaiki teksi air yang disediakan.



Pulau Hentian Besar,Perhentian Island,#island,#island of Malaysia
Pandangan Jeti Pulau Perhentian No1




Penginapan
 
Memang banyak penginapan disini macam-macam jenis ada. Ikut budget masing-masing. Disini aku menginap kat tempat yang mewah jugakla so kat mana aku duduk tak perlu bagitau la kot. Lainla kalau resort tu bayar buat review boleh la aku promote giler-giler kan. Aku rasa tak adil kat resort yang lain. Dimana mengikut pengamatan aku yang lain-lain pun ada keistimewaan tersendiri.  Ada yang berdekatan pantai, atas bukit,atas batu, dalam hutan pun ada. So ikut selera masing-masing lah yer:
Berikut adalah beberapa resort yang ada disana :

sunset,sunrise,pulau perhentian
Nak tengok Sunset pun boleh..Kalau sunrise kena pi pantai pasir panjang


Perhentian Besar :
 
Flora Bay resort  - 09-6977266
Bayu Dive Lodge – 09-6911650
Arwana Perhentian Eco Reort & Beach Chalet – http://sealifeservices.blogspot.com
Perhentian Island Resort -09-6911112
Coral View Island Resort – 09-6977427
The Barat Perhentian Resort  - www.thebarat.com
Tunabay Island Resort – 09-6978779
Paradise resort – 010-9810930
Pelangi Resort – 010-9811762
Samudra Beach Chalet -010-9842920
Coral Bay Chalet – 010-9841370
Abdul Chalet – www.abdulchalet.com
D’Ayumni Chalet – 09-6911680
Alu-Alu Chalet – www.alualudivers.com
Fauna Chalet – anjung holidays >09-6974095
Mama’s Chalet – www.mamaschalet.com.my

Perhentian Kecil:
 
Bubu Long Beach resort
Senja Bay Resort – www.senjabay.com

Sha-rila Resort 09-6977500 www.sharilaresort.com
Mohsin Chalet – 010-3338897
D’Rock garden – 09-7789326
Sunrise Guest House
Moonlight Chalet - 013-9827547
D-Lagoon - 097866789
Rajawali Island Resort – 010-9805244
Matahari Chalet – www.mataharichalet.com
Ombak resort – www.ombak.my
Maya Chalet – www.mayachalet.com

Apa yang menarik diPerhentian :
 
Kalau sekadar nak ronda-ronda cuci mata maka dinasihatkan tak payah buang duit pergi ke sana. Rugi kalau tak ambil peluang meneroka isi  alam disana. Elokla pergi snorkeling disitu kalau yang ada lesen menyelam  tu boleh la bermesra dengan ikan disana. Ada lagi yang menarik ialah boleh tengok kincir angin disana. Cantik permandangan disitu.

Turtle Point
 
Best giler la boleh tengok penyu berenang.  Tidak digalakkan sentuh ye.

Turtle Point,Penyu,#terengganu

Shark Point
 
Tengok anak-anak jerung ..Ha ha yang kelakarnya waktu aku menyelam ke situ aku sorang-sorang je..geng-geng mat salleh pun dok jauh-jauh..kesudahannya aku pun join diaorang jugak he he.


Tengok jerung di pilau perhentian,jerung,baby shark

Romantic Beach
 
Memang best giler berada di pantai ini boleh bagi ikan makan roti hehehe..sebelum pegi snorkeling kita perlulah memakai losen perlindung uv bukan apa takut kulit hitam kihkih maklumlah kulit saya ni agak putih 5 jam berada ditengah laut macam-macam boleh jadi.

hentian kecil,romantic,pantai romantik

Kincir Angin
 
Boleh berjungle trekking atau naik bot ke sana (Hentian Kecil
Rasa macam kat Belanda jer bila nampak kincir angin ini. Tetapi jumlah tangga nak kena daki tu banyak jugak. Kalau banyak masa singgah la.

Image result for kincir angin di pulau perhentian


Lata Air Berani
 
Air tawar yang sejuk keluar dari tanah
dan macam-macam lagi tempat menarik..
Rasa macam kat Belanda jer bila nampak kincir angin ini. Tetapi jumlah tangga nak kena daki tu banyak jugak. Kalau banyak masa singgah la.

Image result for lata air berani di pulau perhentian


Long Beach, Perhentian Kecil
 
Mat Salleh banyak lepak kat sini…

long,beach,pasir panjang,longbeach
Akan datang boleh tengok tiram gergasi pulak..sedang diusahakan oleh jabatan laut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan